Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Rizab antarabangsa BNM kekal AS$111.1 bilion

today6 August 2021

Background


KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111.1 bilion pada 30 Julai 2021, kekal tidak berubah dari 15 Julai.

Menurut kenyataan, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas atau SDR (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset-aset terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM461.83 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.22 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM727.36 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM20.36 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.61 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM184.72 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.46…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Nasional

Lembaga Disiplin UMNO tutup mulut

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin UMNO enggan mengulas berhubung bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan kepada ahli parti itu yang ingkar keputusan Majlis Kerja Tinggi (MKT) supaya menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

today6 August 2021