Site icon Kool FM

Rizab Gabungan Bersih LTAT RM160 juta


PETALING JAYA – Rizab negatif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), seperti yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi Agensi Persekutuan 2022 hanya mewakili satu komponen Rizab, iaitu Rizab Pendapatan Komprehensif Lain (OCI).

Menurut LTAT, Rizab Gabungan LTAT terdiri daripada tiga komponen, iaitu Keuntungan Tertahan; Dana Rizab; dan Rizab OCI, yang secara bergabung mencerminkan kestabilan kewangan LTAT.

Jelasnya, Dana Rizab terus kekal tidak berubah dan ditetapkan pada kadar dua peratus daripada baki akaun pencarum, lantas menyediakan asas kepada kestabilan kewangan.

Sementara Rizab OCI terdiri daripada keuntungan/kerugian terkumpul aset yang belum direalisasikan yang dilabelkan mengikut piawaian perakaunan sebagai FVTOCI (Nilai Saksama Pendapatan Komprehensif Lain), mencerminkan turun naik dalam pasaran dan prestasi aset.

“Sehubungan itu, walaupun Rizab OCI menunjukkan nilai defisit, baki bersih Rizab Gabungan pada akhir Tahun Kewangan 2022 adalah positif…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version