Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

RM225 bilion pelaburan diluluskan cipta hampir 90,000 pekerjaan tahun ini

today6 December 2023

Background


PETALING JAYA – Malaysia berjaya menarik pelaburan diluluskan berjumlah RM225 bilion merentasi sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor primer dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 6.6 peratus dari segi nilai berbanding tempoh sama tahun lalu, disokong oleh 3,949 projek pelaburan yang membuka 89,495 peluang pekerjaan baharu, memperlihatkan daya tahan Malaysia di sebalik arus global yang tidak menentu.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Pelaburan Langsung Asing (FDI) membentuk 55.9 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, berjumlah RM125.7 bilion.

Belanda muncul sebagai sumber utama FDI, menyumbang RM35 bilion diikuti Singapura (RM20.4 bilion), Amerika Syarikat (RM18.9 bilion), China (RM11.6 bilion) dan Jepun (RM11.2 bilion).

“Sementara Pelaburan Langsung Domestik (DDI) menyumbang RM99.3 bilion, atau 44.1 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan, mewakili peningkatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

PAFA persoal status AGM

Shah Alam: Adakah AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) pada 21 Disember ini sah atau halal sedangkan kes berkenaan di peringkat Mahkamah Rayuan?

today6 December 2023