
KUALA LUMPUR – Ketika ekonomi Malaysia secara keseluruhan dilihat berdaya tahan untuk menghadapi cabaran luaran, Bank Negara Malaysia (BNM) terus memperkukuhkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi ketidaktentuan global.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, menerusi Kemudahan Bantuan Penstabilan PKS (SME SRF), pembiayaan berjumlah RM5 bilion disediakan untuk dimanfaatkan PKS yang berdaya maju.
Jelasnya, ini bagi membantu PKS, termasuk perusahaan mikro yang berdepan gangguan operasi, cabaran aliran tunai dan kesukaran memenuhi obligasi kewangan jangka pendek susulan konflik di Asia Barat.
“Setakat 7 Ogos lalu, pembiayaan berjumlah RM2.8 bilion telah diluluskan yang memanfaatkan lebih daripada 4,900 akaun PKS.
“Kemudahan ini masih tersedia sehingga 31 Disember 2026, atau sehingga peruntukan habis,” katanya dalam sidang akhbar prestasi ekonomi Malaysia bagi suku tahun kedua 2026 di Sasana Kijang, di sini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: