Site icon Kool FM

RM50.7 Juta! Ejen Ali The Movie 2 Ungguli Carta Filem Animasi Tempatan


Pencapaian ini membuktikan bahawa animasi tempatan semakin mendapat pengiktirafan dan tempat di hati penonton, sekali gus membuka peluang lebih luas bagi karya animasi Malaysia (AniMY) untuk terus berkembang dan diangkat ke peringkat yang lebih tinggi!

Sejak tayangan bermula pada 22 Mei 2025, filem ini menerima sambutan hangat daripada pelbagai lapisan penonton, yang merangkumi seisi keluarga, remaja hinggalah peminat setia francais. Mereka memuji mutu produksi teknikal yang bertaraf antarabangsa, naratif yang menyentuh hati serta pengalaman sinematik mengujakan yang mendorong ramai untuk menontonnya berulang kali.

Menurut pengarah filem ini, Usamah Zaid Yasin, kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada sokongan luar biasa para peminat dan kepercayaan mereka terhadap karya tempatan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur filem EATM2 mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton. Saya juga sangat berterima kasih kepada semua ahli pasukan dari Primeworks Studios dan WAU Animation yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version