Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

RO Optom House tambah cawangan

today5 January 2022

Background


KOTA BHARU – Syarikat jualan produk optometri milik bumiputera, Rosmadi Optometrist Sdn. Bhd. (Rosmadi Optometrist) membuka cawangan ke-10 di Jalan Kebun Sultan, di sini kelmarin.

Pembukaan cawangan baharu dengan konsep moden menggunakan jenama RO Optom House itu merupakan cawangan kesembilannya di Kelantan, selain satu di Jerteh, Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rosmadi Nawi, 55, berkata, pembukaan cawangan keempat di daerah ini merupakan salah satu percubaan syarikat untuk me­lebarkan perniagaan di kawasan yang turut dikenali sebagai China Town Kota Bharu.

Menurutnya, beliau menyasarkan jualan sebanyak RM20,000 hingga RM50,000 bagi cawangan berkenaan tahun ini.

“Ia berdasarkan prestasi sembilan cawangan kita sebelum ini yang melebihi angka tersebut setiap tahun.

“Fokus Rosmadi Optometrist bukan sekadar untuk menjual cermin mata. Kami turut menyediakan perkhidmatan terapi mata untuk pelanggan yang me­ngalami masalah penglihatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


Previous post