
Bekas penyerang Liverpool, Robbie Fowler berpendapat The Reds wajar mempertimbangkan Christian Pulisic sebagai pengganti Mohamed Salah pada jendela perpindahan musim panas ini.
Selepas sembilan musim bersama Liverpool, Salah bergelar ejen bebas pada musim panas ini setelah menjaringkan 257 gol dan mencatatkan 120 bantuan gol dalam 442 penampilan.
Pemain sayap itu memenangi dua gelaran English Premier League (EPL) dan UEFA Champions League (UCL) sepanjang tempohnya di Merseyside, selain beberapa trofi lain sekali gus meninggalkan Liverpool dengan tugas sukar untuk mencari penggantinya.
Pulisic Jadi Pilihan Fowler
Keadaan itu menjurus kepada pendapat Fowler yang melihat Pulisic mampu untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Salah.
Pulisic mempunyai pengalaman beraksi dalam kempen EPL selepas mewakili Chelsea selama empat musim. Sepanjang tempoh itu, beliau menjaringkan 20 gol dan mencatatkan sembilan bantuan gol dalam 98 penampilan di liga utama England…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
