
CYBERJAYA – Syarikat kejuruteraan tempatan, DreamEDGE Sdn. Bhd. (DreamEDGE) memuktamadkan kerjasama strategik dengan syarikat pemula robotik dari Jepun, Industry Alpha Inc. menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) kelmarin bagi mempercepatkan penggunaan teknologi automasi pintar di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Datuk Khairil Adri Adnan berkata, kerjasama itu bukan sekadar memasarkan produk robotik Industry Alpha yang memfokuskan kepada pergerakan dan pemindahan barangan, sebaliknya membangunkan penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan tempatan menerusi model penciptaan bersama.
Menurut beliau, pengalaman hampir dua dekad DreamEDGE dalam bidang perkhidmatan kejuruteraan dan pembangunan teknologi di Malaysia membolehkan syarikat itu membantu Industry Alpha memahami budaya perniagaan tempatan serta mengelakkan kesilapan yang sering dihadapi syarikat asing ketika memasuki pasaran negara ini.
“Penawaran pasaran sedia ada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
