Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rohana Rozhan Sudah Pulangkan Semula Wang RM44.26 Juta Dan Aset 1MDB Kepada Kerajaan

today24 March 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada Februari tahun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan.

Artikel Berkaitan:

Tindakan ini diambil selepas agensi terbabit memulakan siasatan di atas dakwaan pemilikan rumah oleh Tim Leissner yang dibeli menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Awani.

Terbaharu, Harian Metro melaporkan beliau sudah pun memulangkan wang AS$10 juta (RM44.26 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1MDB kepada SPRM. Menurut sumber, semua wang termasuk aset itu dipulangkan kepada kerajaan tahun lalu iaitu selepas siasatan SPRM selesai.

Bagaimanapun, sumber itu memaklumkan tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai cara dan prosedur pemulangan wang berkenaan.

“Beliau (Rohana) sudah pulangkan semua wang dan aset yang berkenaan kepada SPRM yang kemudian disalurkan kepada kerajaan,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post