Di dalam video itu, pengantin perempuan berkongsi keluarga mentuanya yang merupakan ‘mat salleh’ segak berbaju Melayu dan baju kurung ketika majlis resepsi berkenaan.
Difahamkan, suaminya itu berasal dari negara Eropah dan kini adalah seorang mualaf. Malah, wanita itu juga berkongsi antara momen dan adat-adat semasa di majlis mereka.
Menerusi video di akaun TikTok @yayafarhanaaaaaa, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis perkahwinannya yang diadakan di Arisya Glass House, Batu Pahat Johor.
Bercakap kepada SEISMIK, wanita yang dikenali sebagai Yaya Farhana ini memberitahu dia dan suaminya Chris, pertama kali berkenalan semasa mereka sama-sama belajar di Newcastle University, England. Malah, dia memberitahu ini sudah tahun ke sepuluh perkenalan mereka.
Ditanya mengenai penerimaan keluarganya mengenai latar belakang suaminya, Yaya memberitahu keluarganya merestui hubungan mereka dan malah menjemputnya ke rumah untuk berkenalan lebih.
Menurut Yaya, dia terbuka hati…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
