Site icon Kool FM

Ronaldinho Sertai Ravenna FC Di Itali

Ronaldinho


Legenda Brazil, Ronaldinho sekali lagi mencuri perhatian dunia bola sepak apabila dilaporkan menyertai kelab Serie C Itali, Ravenna FC pada usia 46 tahun. Namun, peminat yang berharap dapat melihat aksi magisnya di atas padang perlu menerima hakikat bahawa beliau bukan kembali sebagai pemain profesional.

Menurut laporan media Itali dan antarabangsa, Ronaldinho akan memegang peranan sebagai pemegang saham, pelabur strategik serta duta pemasaran kelab tersebut dalam usaha membantu meningkatkan profil Ravenna di peringkat global.

Pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam satu acara khas di Miami pada 23 Jun, dengan pemilik Ravenna, Ignazio Cipriani menyifatkan kerjasama itu sebagai langkah besar untuk masa depan kelab berkenaan.

Walaupun beberapa laporan awal menggunakan tajuk sensasi seolah-olah Ronaldinho akan kembali beraksi, naib presiden kehormat Ravenna, Ariedo Braida, menegaskan bahawa pemenang Ballon d’Or 2005 itu tidak akan bermain dalam Serie…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version