Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menggesa Red Devils untuk menjualnya pada jendela perpindahan musim panas 2022. Dia sudah menghantar permohonan pindah atau transfer request dari Old Trafford, seperi dilaporkan The Times dan juga David Ornstein.
Ronaldo menyatakan kepada kelab bahawa dia sayangkan Manchester United namun dia perlu memikirkan soal kariernya yang bakal berakhir dalam 3 atau 4 musim lagi. Ronaldo mahu terus bermain di UCL dan memenangi trofi pada baki kariernya.
Cristiano Ronaldo kembali ke Man United dari Juventus pada musim panas 2021 dan menjaringkan 24 gol dalam 39 perlawanan.
Bagaimanapun, United gagal memenangi trofi untuk musim kelima berturut-turut dan terlepas saingan Liga Juara-Juara musim depa. Gagal ke UCL merupakan sebab utama Ronaldo mahu pergi. Di mana Ronaldo adalah penjaring terbanyak sepanjang masa pertandingan itu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: