Site icon Kool FM

Rosak Otak Akibat Pembedahan, Bekas CEO Prolintas Terima Pampasan RM5.1 Juta


Pusat Pakar Tawakal Sdn Bhd dan dua doktornya diperintah Mahkamah Tinggi di sini membayar RM5.1 juta kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Datuk Zainudin A Kadir selepas mengalami ‘brain damage’ akibat pembedahan hidung di hospital swasta berkenaan.

Ganti rugi itu perlu dibayar kepada Datin Nor Rizam Abdul Wahab sebagai isteri dan pentadbir harta Zainudin yang meninggal dunia pada 2021 ketika penularan Covid-19.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin berkata, ia susulan Nor Rizam sebagai plaintif berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa pusat itu bersama dua pakarnya bertanggungjawab atas kecuaian perubatan.

Dalam keputusan yang dimuatnaik sistem kehakiman pada Rabu lalu, Mohd Arief Emran juga mengarahkan tiga pihak terbabit membayar RM210,000 sebagai kos kepada pentadbir harta Zainudin itu.

“Sebahagian besar daripada ganti rugi adalah akibat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version