Selepas kejayaan jelajah antarabangsa dua tahun berturut-turut untuk Rossa 25 Shining Years (2022) dan Another Journey: The Beginning (2023) dengan kehadiran penonton melebihi 80 ribu orang, ratu pop Indonesia itu kini tampil dengan sesuatu yang lebih segar bersama kolaborasi empat penyanyi hebat tanah air dan negara jiran.
Menurut Rossa, konsert tersebut juga menjadi manifestasi kekaguman dan penghargaannya terhadap bakat seni serumpun apabila turut mengundang rakan senegara dan penyanyi dari Malaysia untuk bersama-sama beraksi pada malam bersejarah itu nanti.
“Kesediaan penyanyi seperti Ariel Noah dan juga pemuzik terkenal Indonesia, Dipha Barus serta bakat hebat dari Malaysia seperti Ernie Zakri dan MK K-Clique untuk turut bersama-sama dalam konsert ini pastinya bakal memberikan pengalaman yang mengujakan.
“Konsert itu dinamakan ‘Here I Am’ kerana menggambarkan perjalanan kerjaya saya yang telah membawa saya sejauh ini, menjadikan siapa diri saya pada hari ini, berapa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: