Site icon Kool FM

Roti Canai Dipilih Sebagai Makanan Kedua Terbaik Dunia

Roti Canai


Portal TasteAtlas mengumumkan roti canai sebagai makanan kedua terbaik dunia melalui laporan ‘100 Best Dishes In The World Awards 23/24’ yang dikeluarkan kelmarin.

Roti canai merupakan sarapan kegemaran rakyat Malaysia dan ia kini diktiraf antara 100 makanan yang paling sedap di dunia.

Artikel Berkaitan:

TasteAtlas turut menamakan restoran Nasi Kandar Pelita, Tg’s Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju sebagai tempat yang menyediakan roti canai ‘paling ikonik’.

Manakala sejenis potongan daging lembu Brazil, ‘Picanha’ dipilih sebagai makanan paling terbaik di dunia.

September lalu,  TasteAtlas memilih roti canai sebagai roti nombor 1 dunia bagi kategori ‘100 Roti Terbaik Di Dunia’, menewaskan 99 lagi jenis roti dari pelbagai benua dan negara di seluruh dunia.

Roti canai diperbuat daripada doh yang dilipat beberapa kali untuk membentuk lapisan sekaligus menghasilkan tekstur yang lembut dan gebu pada bahagian dalam, dengan lapisan luar yang garing.

Ia boleh dimakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version