Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Bekas pemain skuad kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman bakal menjalani sesi pemilihan bersama Sabah bagi mendapatkan tempat dalam pasukan itu musim hadapan.
Perkara ini dikongsikan oleh Rozaimi menerusi laman media sosial rasmi Facebook miliknya dimana pemain itu menjadikan sesi pemilihan bersama Sabah sebagai keutamaan baginya pada musim hadapan.
“Saya akan jalani sesi pemilihan bersama Sabah FC kelak. Jika tidak terpilih sekalipun tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya.”
“Kita cuba dulu, kalau dapat akan bermain bersama Sabah, jika tidak, saya akan ke semenanjung,” kata Rozaimi.
Musim ini, Rozaimi Abdul Rahman beraksi bersama Kedah Darul Aman namun pada bulan Ogos lalu, kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak.
“KDA FC telah mencapai persetujuan bersama Rozaimi Abdul Rahman untuk menamatkan kontrak pemain lebih awal selepas lapan bulan bersama pasukan Liga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: