HULU SELANGOR – Sebanyak 101 unit Rumah Selangorku (RSKU) jenis Aster di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini habis dijual hanya dalam masa tiga jam selepas dilancarkan minggu lalu.
Berkeluasan 900 kaki persegi (83.6 meter persegi), rumah teres dua tingkat dengan tanah berstatus pajakan itu mempunyai tiga bilik tidur serta dua bilik air dan ditawarkan pada harga mampu milik bermula RM200,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan M K Land Holdings Berhad (M K Land), Datuk Faris Yahaya berkata, ramai pembeli terdiri daripada generasi kedua, yang mana ibu bapa mereka merupakan pelanggan M K Land sekitar 20 tahun lalu.
Ujarnya, ia membuktikan kepercayaan orang ramai kepada M K Land sebagai sebuah syarikat pemaju perumahan bumiputera yang menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi dan berdaya tahan di pasaran hartanah tempatan.
“M K Land telah mula meneroka potensi dan sekali gus merintis pembangunan di kawasan ini seawal tahun 1995 lagi dengan membangunkan projek perumahan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
