Site icon Kool FM

RTB, Nusa Kapital, TT Gratia Group meterai kerjasama untuk projek hartanah di Melaka


KUALA LUMPUR – Kerjasama yang terjalin antara syarikat amanah, Rakyat Trustee Berhad (RTB) dengan Nusa Kapital Sdn. Bhd. (Nusa Kapital) dan juga sebuah syarikat hartanah, TT Gratia Group bakal meningkatkan keyakinan koperasi, komuniti pelabur malah individu yang te­lah melabur untuk sebuah projek hartanah di Melaka.

Pengarah Urusan RTB, Faudzi Mt Din berkata, ini adalah usaha sama sulung syarikat bersama Nusa Kapital yang merupakan penyedia platform pembiayaan antara-rakan-setara atau peer to peer (P2P) patuh syariah pertama di negara malah di dunia.

Ia memiliki rekod sejarah yang baik dengan melibatkan pelbagai jenis pembiayaan projek utama.

Menurut beliau, pemeteraian kerjasama ini akan melibatkan dana sebanyak RM50 juta dan RTB akan menjadi peme­gang amanah bagi dana tersebut untuk memastikan kelancaran projek hartanah tersebut mengikut perjanjian yang dimeterai malah memantau tadbir urus Nusa Kapital dan juga TT Gratia bagi melindungi pelabur sekali gus kepada para pembeli…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version