Site icon Kool FM

RTM & Unifi TV Diumum Penyiar Rasmi Piala Dunia 2026

Undian Piala Dunia 2026


Demam Piala Dunia 2026 kian terasa apabila Kementerian Komunikasi secara rasmi mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar utama kejohanan berprestij itu.

Langkah ini diambil bagi memastikan seluruh peminat bola sepak tanah air dapat menikmati aksi kualiti dunia secara inklusif tanpa mengira lokasi.

Menariknya, bagi edisi kali ini, RTM turut mendapat sokongan padu daripada Unifi TV selaku rakan penyiar bagi memberikan capaian yang lebih meluas kepada penonton.

Akses Piala Dunia Percuma Di RTM, Pakej Lengkap Di Unifi TV

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, peminat boleh memilih untuk menonton menerusi platform percuma atau berbayar bergantung kepada keselesaan masing-masing.

RTM dijadualkan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda menerusi saluran MyTV Broadcasting dan aplikasi penstriman RTM Klik.

“Sementara kesemua 104 perlawanan pula akan disiarkan secara langsung di Unifi TV,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version