Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ruben Amorim Sah Bersama Manchester United

today1 November 2024

Background
Ruben Amorim


Manchester United secara rasminya telah mengumumkan kehadiran Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu buat skuad The Red Devils.

Perkembangan terkini mengenai kehadiran pengendali kelahiran Portugal itu disahkan Manchester United menerusi pengumuman rasmi di laman sesawang kelab tangga ke-14 English Premier League (EPL) tersebut.

Baca Juga:

Amorim dan Manchester United telah memeterai kontrak sehingga Jun 2027 dengan pilihan tambahan semusim sekiranya beliau melepasi syarat ditetapkan kelab.

Difahamkan, beliau akan mula bersama pasukan pada 11 November. Ini bermakna Ruud Van Nistelrooy akan bertindak selaku pengendali sementara untuk perlawanan menentang Chelsea, PAOK dan Leicester City.

Perlawanan pertama yang bakal dikendalikan oleh Amorim adalah aksi EPL bertemu Ipswich Town pada 25 November di Portman Road.

Ruben Amorim menjadi pilihan pengurusan tertinggi kelab selepas Erik Ten Hag dilihat berdepan kesukaran pada permulaan musim baharu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post