Starbucks, gergasi kopi dari Seattle, kini berdepan cabaran selepas mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Laxman Narasimhan akan melepaskan jawatannya selepas hanya 17 bulan memegang tampuk kepimpinan syarikat tersebut, lapor CBC.
Selasa lalu, Starbucks mengumumkan bahawa Brian Niccol, Pengerusi dan CEO Chipotle, akan dilantik sebagai Pengerusi dan CEO Starbucks yang baharu mulai 9 September.
Saham Starbucks Corp. melonjak lebih daripada 21 peratus dalam dagangan awal selepas pengumuman itu dibuat menunjukkan reaksi positif pelabur terhadap pengunduran Narasimhan dan pelantikan Niccol.
Narasimhan, yang sebelum ini berkhidmat sebagai eksekutif PepsiCo dan CEO Reckitt, syarikat kesihatan pengguna yang berpangkalan di UK, dilantik sebagai CEO Starbucks pada Mac 2023, menggantikan Howard Schultz.
Sepanjang Starbucks diketuai Narasimhan, syarikat itu menghadapi pelbagai isu, termasuk persaingan dari pesaing kos rendah di China dan boikot di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: