Starbucks di Asia Barat telah mengambil keputusan sukar dengan menghentikan kira-kira 2,000 staf selepas menghadapi kerugian besar akibat kempen boikot oleh penyokong pro-Palestin sejak pecahnya Perang Gaza pada 7 Oktober yang lalu, lapor Sinar Harian.
Keputusan ini diumumkan oleh Alshaya Group, pemegang hak untuk mengendalikan rangkaian kedai kopi di rantau tersebut, atas alasan situasi dagangan yang mencabar dalam tempoh lebih enam bulan terakhir.
Baca Juga:
Dalam kenyataan rasmi, jurucakap Starbucks menggambarkan keputusan tersebut sebagai satu tindakan yang berat, di mana mereka terpaksa melepaskan ‘rakan apron hijau’, merujuk kepada barista yang diberhentikan.
Pengecilan kakitangan ini datang ketika rangkaian kedai kopi multinasional yang berpangkalan di Seattle, Amerika Syarikat (AS), mengalami kerugian yang besar, mencapai berbilion dolar disebabkan oleh gerakan boikot global sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Peningkatan kempen boikot ini tidak hanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: