Setelah sekian lama mendiamkan diri, Ruhainies kini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella Astillah berhubung kontroversi membabitkan mereka sebelum ini.
Menerusi perkongsian dibuat dalam Instagram Story awal pagi ini, pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, itu turut berharap dapat bersemuka dengan Bella bagi memperbetulkan keadaan.

“Dengan penuh rendah diri, saya ingin memohon maaf kepada Bella Astillah atas segala apa yang terjadi. Saya juga ingin bertemu dengan anda bagi menjernihkan keadaan.
“Saya juga mahu menutup buku, lupakan apa yang berlaku dan kembali gembira,” tulisnya.
Hantaran itu turut menjawab persoalan mengapa pelakon drama rantaian Bintang itu mengunci mulut terhadap kontroversi yang berlaku.
“Saya memilih berdiam diri bukan untuk mengiya atau menidakkan, tetapi atas niat mengelakkan sebarang pertelingkahan dalam media sosial,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: