PETALING JAYA – Sektor kediaman telah mendominasi hampir 60 peratus daripada aktiviti pasaran hartanah negara pada suku pertama (Q1) tahun 2024 dengan merekodkan lebih 62,000 transaksi bernilai RM25 bilion.
Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Abdul Razak Yusak berkata, daripada rekod pencapaian tersebut, kediaman berharga RM300,000 dan ke bawah masih menguasai pasaran dengan 33,500 bilangan transaksi direkodkan.
“Jumlah tersebut melebihi 50 peratus daripada jumlah transaksi bagi sektor kediaman bagi suku tersebut,” katanya ketika membentangkan laporan pasaran harta tanah Q1 2024 semalam.
Menurut beliau, aktiviti pasaran hartanah negara terus merekodkan pertumbuhan positif, dengan 104,297 transaksi dilakukan pada suku tahun pertama (Q1) 2024, peningkatan 17.2 peratus berbanding 89,024 transaksi yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Tambah beliau, jumlah unit kediaman siap dibina tidak terjual (overhang) turut merekodkan penurunan kepada hampir 24,000…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: