Site icon Kool FM

Rumah Musnah Akibat Letupan Gas Di Putra Heights, Tapi Bilik Solat Masih Kekal Sempurna


Menerusi video di akaun Tik Tok @najwanhalimi, kelihatan Exco Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi sedang berada di sebuah rumah yang rosak teruk akibat daripada insiden letupan paip gas berkenaan.

Beliau menunjukkan keadaan rumah itu yang habis musnah. Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah bilik solat di rumah itu yang dilihat masih dalam keadaan sempurna.

Menerusi laporan Harian Metro, Ahmad Baharudin Hamid, iaitu tuan rumah terbabit memberitahu dia hanya menyedari mengenai keadaan bilik solat itu apabila melakukan pemeriksaan bagi penilaian kerosakan di rumahnya, dua hari selepas kejadian.

Berdasarkan kerosakan, rumah saya dikategorikan sebagai musnah sepenuhnya apabila bumbung dan wayar rosak. Malah, ruang tamu saya dipenuhi debu apabila kesemua perabot menjadi abu.

“Namun bila saya periksa bilik solat, saya dapati tiada kerosakan seperti di bilik-bilik lain dengan barangan seperti sejadah, telekung dan al-Quran masih dalam keadaan baik.

“Syukur kepada Allah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version