Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rumah Pemain Pertahanan Selangor FC Khuzaimi Piee Pula Dipecah Masuk

today23 May 2024

Background


Menerusi hantaran gambar laporan polis yang beliau kongsikan di Instagram, Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.

Harian Metro melaporkan, mangsa membuat laporan polis pada 11.30 malam selepas pulang dari sesi latihan berkenaan.

“Kira-kira 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakang, terbuka,” katanya.

Tambahnya, selepas kejadian dia membuat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati ada barang-barang yang hilang seperti sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

“Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti, tujuan saya membuat laporan adalah untuk tindakan lanjut daripada pihak polis serta pihak yang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu, hari ini.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post