Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rumah Rosak, Sime Darby Property Diarah Bayar Saman RM4.8 juta Kepada Pembeli

today21 April 2024

Background


Sime Darby Property Bhd diarah membayar pampasan kira-kira RM4.8 juta kepada enam pemilik banglo atas kecacatan harta benda mereka di Bukit Jelutong.

Laporan Free Malaysia Today menyatakan hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Wong Kian Kheong membuat keputusan itu selepas keenam-enam itu telah membuktikan kes mereka.

Wong, yang kini hakim Mahkamah Rayuan turut menganugerahkan kos RM560,000 kepada plaintif dan faedah pada kadar lima peratus yang dikira sehingga pembayaran penuh jumlah penghakiman.

Enam pemilik itu memfailkan saman mereka pada 2017 terhadap pemaju untuk kos pembetulan kecacatan pada unit mereka.

Pemaju dalam pembelaannya, berhujah bahawa tiada kecacatan dan menegaskan bahawa sebarang kekurangan telah dibaikpulih.

Mahkamah dalam keputusannya tidak bersetuju dengan penegasan pembelaan bahawa kecacatan itu disebabkan oleh pengubahsuaian yang dilakukan oleh pembeli.

Pemaju telah merayu terhadap keputusan itu, yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post

Luar Negara

Ibu mentua upah kren angkut menantu baru bersalin

Beijing: Wanita di China, baru-baru ini, mengupah kren untuk mengangkat menantunya yang baru bersalin secara pembedahan untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tujuh sebuah bangunan, lapor South China Morning Post. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 April 2024