Site icon Kool FM

Rumput Zeon Zoysia Sudah Mula Ditanam Di SNBJ

SNBJ


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Proses penanaman rumput jenis Zeon Zoysia kini telah bermula sejak Rabu di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menggantikan rumput jenis Cowgrass.

Perkembangan itu dikongsikan oleh Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac menerusi laman instagaramnya apabila beliau ‘turun padang’ meninjau sendiri proses yang sedang dijalankan pihak kontraktor.

Turut hadir di SNBJ ialah Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John yang mahu melihat sendiri keadaannya.

“Tinjauan ke Stadium Nasional (Bukit Jalil) hari ini bersama-sama Datuk Seri Windsor Paul John wakil dari Asian Football Club (AFC) dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Faidz Sanusi bagi melihat sendiri proses penanaman rumput dan baik pulih prasarana di kawasan sekitar stadium.

“Beberapa penambaikan dilakukan bagi memastikan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil akan datang berada di tahap terbaik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version