Site icon Kool FM

Rundingan Bersama Barcelona Semakin Rumit, Rashford Sedia Kembali Ke Pangkuan Manchester United

Marcus Rashford


Pemain pinjaman Manchester United, Marcus Rashford kini berdepan perubahan tidak dijangka apabila peluangnya untuk perpindahan secara tetap ke Barcelona dilihat semakin tipis.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, pemain skuad kebangsaan  England itu kini dilaporkan bersetuju untuk kembali ke Old Trafford pada musim panas nanti bagi menjadi sebahagian daripada ‘projek baharu’ The Red Devils.

Menurut sumber laporan Goal, Rashford terbuka untuk kemungkinan kembali ke Manchester United sekiranya Barcelona menutup peluang untuknya kekal.

Perubahan jurulatih dan hala tuju di Old Trafford juga dilaporkan sesuatu yang dia sedia pertimbangkan untuk terlibat, lebih-lebih lagi kerana beliau masih terikat kontrak dengan kelab itu sehingga 2028.

Keutamaan Rashford sebelum ini adalah untuk terus kekal di Barcelona, dan ejennya dilaporkan telah beberapa kali bertemu dengan pihak Blaugrana untuk membincangkan syarat-syarat perjanjian.

Namun, perkembangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version