Site icon Kool FM

Rusia Menyenaraikan Syarikat Meta Dalam Kumpulan ‘Pengganas’


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Rusia telah menghalang akses kepada Instagram dan Facebook sejak berlaku kemelut bersama Ukraine. Hal ini sekaligus memberi tamparan hebat buat para pengguna di sana yang majoritinya lebih selesa menggunakan media sosial dari syarikat Meta untuk berhubung dengan pengguna global lain.

Artikel Berkaitan:

Kini negara Rusia telah menambah syarikat Meta iaitu syarikat induk Instagram dan Facebook ke dalam senarai organisasi ‘pengganas dan ekstremis’ berdasarkan laporan agensi Rosfinmonitoring. Meta dituduh bertolak ansur dengan ‘Russophobia’ semasa kempen ketenteraan Rusia di Ukraine.

Sumber Gambar: The Moscow Times

Pada Mac lalu, Meta mengumumkan bahawa platform mereka membenarkan kenyataan yang berbaur kebencian terhadap Rusia. Selepas itu, Kerajaan Rusia mengambil langkah drastik untuk menghalang akses kepada kedua-dua platform media sosial di bawah Meta.

Bagaimanapun, rakyat Rusia masih tetap mengakses Instagram…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version