Rusia mengenakan denda astronomik terhadap gergasi teknologi Google, menuntut angka yang hampir mustahil.
Mengikut laporan media, Google kini berhutang dengan Kremlin sebanyak 2 undecillion ruble — bersamaan 20 decillion dolar AS, iaitu 20 diikuti dengan 36 sifar.
Menurut laporan CNN, tuntutan ini hadir selepas Google enggan membayar denda-denda terdahulu yang dikenakan akibat sekatan terhadap beberapa saluran pro-Rusia di platform YouTube sejak 2022.
Mahkamah Rusia sebelum ini memerintahkan Google agar membuka semula saluran-saluran yang disekat, namun setelah Google berkeras, denda mula dikenakan dan kini berganda setiap minggu.
Dalam kenyataan terbaru yang disiarkan oleh media TASS, Kremlin menyatakan bahawa penalti ini diharap membawa ‘simbolisme besar’ kerana Google didakwa menghalang suara pro-Rusia di platformnya.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, juga mengakui, “Saya pun tak boleh nak sebut angka ni dengan betul,” tetapi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
