Kool FM

Ryan Bakery Nafi Persenda Polis Dalam Konten ‘Roadblock’


Influencer media sosial, Ryan Bakery terkejut apabila dituduh sengaja persenda anggota polis menerusi konten video parodi yang berkaitan dengan sekatan jalan raya.

Menurut Ryan Bakery, konten tersebut sekadar hiburan memaparkan ragam masyarakat yang berdepan dengan sekatan jalan raya.

Baca Juga:

Tambah Ryan lagi, anggota polis ok sahaja dengan konten beliau, namun mereka yang bukan anggota polis pula yang agak lebih lebih melantun.

Bercakap kepada Media Hiburan, Ryan Bakery berkata: “Konten itu hanya untuk suka-suka sahaja. Selalu kalau kita jumpa roadblock, muka abang-abang polis biasanya garang. Jadi, saya selitkan sikit komedi seperti masukkan kepala dalam tingkap.

“Soalan-soalan yang saya digunakan pun yang selalu kita dengar dan lalui,” katanya kepada MH.

“Abang-abang polis pun ramai juga yang komen. Mereka pun okay sahaja dengan konten saya itu.

“Cuma yang bukan polis ni sahaja yang kata saya persendakan pihak polis. Saya tiada niat pun nak persenda…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version