Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sabah Cemerlang Tundukkan Selangor 3-2

today18 February 2024

Background
Selangor Sabah


Sabah yang berwajah baharu dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 bermula dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan juara dua kali, Selangor 3-2 pada aksi pembukaan, sebentar tadi.

Penyokong yang membanjiri Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam jelas disajikan dengan aksi berintensiti tinggi oleh barisan pemain kedua-dua pasukan.

Artikel Berkaitan:

Sabah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan pada minit keempat apabila pemain import kelahiran Brazil, Felipe Leite menolak masuk bola selepas menerima hantaran lintang Wan Abdul Raziq Wan Zulhasmi.

Aksi kemudiannya bertambah menarik dengan aksi saling berbalas serangan ditampilkan dengan beberapa percubaan Selangor hanya singgah di palang gol.

Malah, jaringan Selangor menerusi Syahir Iqbal Khan Akhbar Khan dibatalkan kerana terdapat kekasaran dilakukan terhadap penjaga gol Sabah, Mohammad Faezwan Ashwandie Ahmad.

Kredit Foto: FAM

Sebaik sahaja aksi babak kedua bermula, Selangor…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Luar Negara

Ondel-Ondel sumber hiburan, rezeki

Jakarta: Di sebalik keunikan kostum patung gergasi ‘Ondel-Ondel’ yang menjadi tarikan kepada pelancong dalam mendekati seni budaya masyarakat suku Betawi, figura lagenda itu turut menjadi sumber pendapatan bagi penghibur jalanan di Jakarta, Indonesia. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today18 February 2024