Site icon Kool FM

Saby Rose Cantik Bertudung, Netizen Doa Semoga Istiqamah

‘Dulu Suka Pakai Crop, Sekarang Allah Jentik Hati Pakai Pakaian Labuh’ – Saby Rose


Pempengaruh media sosial, Saby Rose mencuri perhatian apabila berkongsi penampilan terkininya yang berbusana labuh dan mengenakan hijab.

Artikel Berkaitan: Cantik & Manis Berhijab, Penampilan Terbaru Pembaca Berita TV3 Ezreena Amir Hamzah Dipuji

Artikel Berkaitan: Nora Danish Manis Berhijab, Pilih Tutup Komen Instagram

Saby bertudung

Menerusi perkongsian di TikTok, Saby memaklumkan dia yang sebelum ini sangat gemar mengenakan ‘crop’ sama sekali tidak pernah terfikir untuk berpakaian labuh dan mengenakan hijab.

Ujarnya, dia mula mengenakan pakaian yang lebih sopan selepas pemergian bapa tercinta pada Julai lalu.

Tak pernah terfikir pakai macam ini sebab dulu saya sangat suka pakai ‘crop’.

Sekarang Allah SWT boleh sekelip mata jentik hati untuk pakai pakaian yang labuh dan sopan.

Kehilangan seorang ayah meninggalkan ilmu agama untuk anak-anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan terbaharu Saby dan mendoakan agar pempengaruh itu terus istiqamah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version