Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Safawi, Akhyar Sah Sertai Terengganu

today12 February 2024

Background
Safawi Akhyar


Spekulasi yang mengatakan gandingan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid bakal ke Terengganu sudah pun terungkai selepas kelab tersebut mengumumkan kehadiran kedua-dua pemain tersebut sebentar tadi.

Perkembangan terkini mengenai kehadiran duo tersebut disahkan menerusi satu video pengenalan pemain yang dimuatnaik laman sosial rasmi Terengganu FC.

Kedua-dua pemain tersebut menyertai Terengganu dengan status pemain pinjaman.

Safawi nyata bukan asing buat Terengganu kerana beliau merupakan anak kelahiran Dungun yang memulakan karier profesionalnya bersama T-Team pada 2014.

Cemerlang dua musim bersama kelab tersebut, Safawi dipancing Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2017 dan semua sudah mengetahui pelbagai kejuaraan telah dimenangi pemain sayap itu.

Sepanjang bersama JDT, Safawi telah dipinjamkan sebanyak dua kali ke luar negara iaitu bersama Portimonense (Portugal) dan Ratchaburi (Thailand).

Manakala, Akhyar yang bersama-sama Safawi turut tersenarai dalam skuad negara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post