Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali menggesa agar pemain negara yakin dan percaya dengan kemampuan masing-masing dan sentiasa bersikap realistik apabila beraksi di temasya Piala Asia 2023 di Qatar.
Gesaan ini hadir selepas ada beberapa pasukan yang diperkuatkan oleh pemain yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan juga Bundesliga.
Artikel Berkaitan:
Safee yang pernah memenangi semua kejuaraan yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia selain beraksi di liga luar negara menggesa pemain agar sentiasa merendah diri.
“Saya rasa mereka (pemain) perlu mempunyai pemikiran bahawa pemain lain juga manusia dan turut mempunyai dua pasang kaki.
“Mereka hanya perlu yakin dengan kemampuan sendiri, beraksi sebagai satu pasukan kerana sekiranya anda yakin dengan kemampuan anda, maka anda boleh mengalahkan siapa sahaja,” kata Safee Sali.
Safee yang kini bergelar sebagai penganalisis Liga Malaysia menyatakan beliau optimis dengan peluang skuad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: