Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Safee Sali Umum Persaraan Daripada Bola Sepak Profesional

today21 February 2023

Background
Safee Sali


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyerang berbisa yang membantu skuad negara muncul juara Piala AFF 2010, Safee Sali sebentar tadi telah mengumumkan persaraannya daripada kancah bola sepak profesional.

Artikel Berkaitan:

Setelah merasai pelbagai pengalaman pahit manis dalam karier pemain berusia 39 tahun itu selepas hampir dua dekad, Safee akhirnya mengambil keputusan untuk mengakhiri kerjayanya.

Memulakan kerjaya profesional pada tahun 2004, Safee pernah mewakili Kuala Lumpur, Sarawak, Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), PKNS FC, Petaling Jaya City, dan KL City menjadi kelab terakhirnya.

Selain itu, Safee Sali turut pernah berkelana ke Indonesia untuk menyarung jersi Pelita Jaya selepas beliau cemerlang membantu skuad negara muncul juara Piala AFF 2010 sekali gus menjadi penjaring terbanyak kejohanan.

“Bola sepak akan sentiasa menjadi sebahagian besar daripada kehidupan saya tetapi saya amat teruja untuk meneroka masa hadapan dan peluang yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Hiburan Semasa

‘Rasa takut tu Tuhan je tahu’ – PU Amin

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas, PU Amin mendedahkan dia dan pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Iman Care berdepan dengan pengalaman menakutkan ketika menjayakan Misi Bantuan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 February 2023