Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain tengah Selangor FC, Safuwan Baharudin, tidak menolak kemungkinan akan mengakhiri kariernya di sini selepas 11 tahun mewarnai pentas Liga Malaysia.
Tidak menyangka boleh beraksi untuk tempoh lebih sedekad di sini, Safuwan akui banyak kenangan yang sukar dilupakan sejak bersama empat pasukan berbeza iaitu LionsXII, PDRM, Pahang dan Selangor.
Sudah merasai nikmat menjulang Liga Super dan Piala FA, impian Safuwan sebenarnya masih tidak lengkap kerana belum pernah menjulang Piala Malaysia bagi melengkapkan semua koleksi kejuaraan di Liga Malaysia.
“Pejam celik, pejam celik.. tidak sangka sudah 11 tahun saya ada di sini, iaitu sudah lebih satu dekad bermain di Liga Malaysia.
“Banyak kenangan tidak boleh dilupakan semasa saya di sini antaranya memenangi Liga Super bersama LionsXII pada musim 2013, gelaran pertama yang saya capai di Liga Malaysia dan antara pencapaian terbaik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: