Site icon Kool FM

Saham Bursa Malaysia Lonjak Tinggi Gara-Gara Donald Trump Menang Pilihan Raya?


Saham berkaitan teknologi dan semikonduktor di Bursa Malaysia melonjak petang Rabu ini, dipacu oleh spekulasi Donald Trump berjaya menang dalam pilihan raya Presiden AS 2024 yang menewaskan Kamala Harris.

Merujuk laporan The Edge, FBM Technology Index, indeks yang mengesan 48 saham teknologi, mencatat lonjakan besar sebanyak 3.96%, atau 2.24 mata, mencapai 60.32 mata — kenaikan satu hari terbesar sejak 14 Julai 2023. Sementara itu, FBM KLCI turut mencatat kenaikan sebanyak 0.65%, atau 10.37 mata, kepada 1,631.07.

Sebagai rakan dagang ke-17 terbesar AS, Malaysia amat bergantung kepada pasaran eksport Amerika Syarikat, terutama dalam sektor semikonduktor dan teknologi.

Saham-saham teknologi utama yang mencatatkan keuntungan termasuk Malaysian Pacific Industries Bhd (MPI) yang naik 80 sen atau 3.13% kepada RM26.36, PIE Industrial Bhd (PIE) naik 42 sen atau 8.27% kepada RM5.08, Pentamaster Corp Bhd (PENTA) dengan lonjakan 30 sen atau 8.15% kepada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version