
KUALA LUMPUR – Foodie Media Berhad (Foodie Media) bermula dengan langkah kanan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini apabila sahamnya dibuka pada harga 35.5 sen, iaitu premium 5.5 sen atau 18.33 peratus lebih tinggi berbanding harga tawaran permulaan (IPO) pada 30 sen sesaham.
Syarikat media digital yang terkenal dengan akaun media sosial KL Foodie itu merekodkan jumlah dagangan pembukaan sebanyak 15.29 juta unit saham dan berjaya mengumpul sebanyak RM41.4 juta menerusi terbitan IPO.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nicholas Lim Pinn Yang berkata, penyenaraian itu merupakan satu pencapaia utama bagi syarikat, dengan permodalan pasaran kira-kira RM266 juta.
“Kami amat bersyukur atas sokongan padu daripada komuniti pelabur, dengan bahagian awam terlebih langgan sebanyak 24.6 kali, manakala bahagian institusi juga dilanggan sepenuhnya.
“Keyakinan ini membuktikan kekukuhan platform kami dan potensi visi jangka panjangnya, manakala dasar dividen untuk mengagihkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: