
Gergasi penyiaran televisyen berbayar negara, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro), kini berpotensi menjadi sasaran aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A).
Penganalisis melihat situasi ini didorong oleh kejatuhan drastik nilai pasaran syarikat yang kini mengecil kepada sekitar RM300 juta, berbanding RM18 bilion ketika fasa kemuncaknya, petik Berita Harian.
Menurut firma penganalisis MBSB Research, walaupun Astro berdepan persekitaran operasi yang amat mencabar, syarikat itu masih mempunyai daya tarikan tersendiri untuk diambil alih oleh pelbagai entiti korporat.
“Astro berkemungkinan menjadi sasaran M&A atas beberapa faktor. Walaupun berdepan operasi yang sukar, kumpulan ini terbukti masih mampu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.6 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2027,” jelas firma itu dalam nota penyelidikan pasaran.
Selain faktor harga pasaran yang ‘murah’, Astro juga memiliki portfolio kandungan asli yang kukuh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: