Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Semalam mungkin merupakan antara detik paling gembira dan mengejutkan buat peminat Manchester United apabila ikon yang menempa nama di kelab tersebut iaitu Cristiano Ronaldo mengumumkan perpindahan ke Manchester United dengan yuran perpindahan sekitar £20 juta (RM115.49 juta) kepada Juventus.
Selain daripada kehadiran beliau yang membuatkan para peminat teruja, impak beliau yang baru sahaja diumumkan tanpa membuat kemunculan di atas padang nyata sudah membuatkan para pelabur saham kelab Manchester United gembira.
Menerusi laporan yang dikeluarkan Mirror Football, saham Manchester United dilihat melonjak sebanyak 9.8% sejurus selepas Cristiano Ronaldo diumumkan membuatkan saham kelab ini meningkat sekitar £212 juta (RM1.22 bilion).

Mengulas dari segi impak di media sosial, pengumuman Cristiano Ronaldo ke Manchester United berjaya meraih 331,400 retweet dalam tempoh 10 minit sahaja berbanding…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: