PETALING JAYA – TMD Energy Limited (TMD Energy) penyedia perkhidmatan bunkering marin bersepadu yang berpangkalan di Malaysia dan Singapura serta sebahagian daripada Straits Energy Resources Berhad (Straits), mengumumkan bahawa sahamnya telah disenaraikan dan mula diniagakan di NYSE American.
Harga saham TMD Energy buka pada AS$3.26 (RM14.21) pada hari Isnin, meningkat kepada AS$4.12 (RM17.96) sebelum menutup pada AS$3.63 (RM15.8), 11.69 peratus lebih tinggi daripada harga IPO AS$3.25 (RM14.17).
Ini memberikan TMD Energy nilai pasaran AS$83.85 juta (RM367.2 juta) pada hari pertama sebagai syarikat tersenarai awam.
Tawaran awam permulaan (IPO) TMD Energy ditetapkan pada harga AS$3.26 (RM14.21) sesaham.
Hasil IPO itu akan digunakan untuk pembelian minyak kargo,menampung kos penyenaraian dan untuk modal kerja serta tujuan korporat am lain.
Pengerusi, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TMD Energy, Datuk Seri Ron Ho Kam Choy berkata, pihaknya berbangga menjadi pembekal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
