Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) FC tidak akan mengaku kalah sebelum berjuang walaupun menghormati reputasi juara Piala FA 2019, Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadium Darul Aman, pada Sabtu bagi aksi pusingan pertama Piala FA.
Jelas pemain tengah berpengalaman, Shahurain Abu Samah, SAINS mahu gunakan sebaik mungkin pentas Piala FA ini membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing dengan pasukan elit seperti Kedah.
“Di atas kertas, kita tahu bagaimana kekuatan lawan yang dibarisi ramai pemain bintang selain tonggak-tonggak import tetapi kami akan cuba sedaya upaya berikan saingan.
“Saya tidak mahu rakan-rakan bersikap terlalu menghormati lawan bila beraksi di atas padang kerana situasi itu boleh menyukarkan lagi keadaan.
“Harus diingat, dalam bola sepak apa-apa boleh terjadi, jadi saya harap kami boleh berikan sehabis baik serta mampu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: