Bagi memulihkan ekosistem di Kutub Utara, sekumpulan saintis bercadang untuk menghidupkan semula gajah kuno yang hidup sekitar 4,000 tahun yang lalu. Dengan teknologi kejuruteraan DNA, saintis bercadang untuk menanam sel gajah kuno ke dalam rahim buatan.
Sebuah pasukan telah dibentuk dan diketuai oleh ahli genetik Church George dari Harvard Medical School. Berkata kepada media, beliau mengaku bahawa ada usaha untuk menghidupkan kembali raksasa berbulu tebal yang pupus pada 4,000 tahun yang lalu ke habitat semula jadi.
Alasan di sebalik usaha ini adalah untuk membantu memulihkan ekosistem, memerangi krisis iklim dan memelihara gajah Asia yang terancam pupus. Pada masa ini, para saintis berjaya mengekstrak DNA raksasa berbulu tebal ini daripada binatang yang diawet di Permafrost.
Difahamkan, Church kini hanya tinggal beberapa langkah lagi untuk merealisasikan rancangannya, termasuk penggunaan CRISPR, alat penyunting gen revolusioner yang digambarkan sebagai menulis semula kod…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: