Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saintis Taiwan Berjaya Cipta Serum Untuk Pulihkan Rambut Dalam Masa 20 Hari

today28 October 2025

Background
Saintis Taiwan Berjaya Cipta Serum Untuk Pulihkan Rambut Dalam Masa 20 Hari


Para saintis mengumumkan bahawa mereka telah berjaya membangunkan serum baharu yang menunjukkan kemampuan luar biasa untuk memulihkan pertumbuhan rambut dalam tempoh masa yang sangat singkat, iaitu hanya 20 hari. Penemuan ini berpotensi menjadi revolusi dalam rawatan masalah keguguran dan kebotakan.

Dipetik dari Times Of India, Serum ini dibuat daripada asid lemak semula jadi dan berfungsi dengan merangsang sel-sel lemak di bawah kulit untuk menumbuhkan folikel rambut yang baharu.

Penemuan ini didasarkan pada proses yang dikenali sebagai Hypertrichosis, di mana kulit mempunyai keupayaan semula jadi untuk menjana pertumbuhan rambut yang berlebihan.

Ujian awal ke atas tikus, serta aplikasi peribadi oleh salah seorang profesor, telah menunjukkan hasil yang positif. Pasukan penyelidik telah mematenkan serum ini dan kini merancang untuk menjalankan ujian dos pada kulit kepala manusia sebelum ia dilancarkan ke pasaran sebagai produk tanpa preskripsi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post