Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Saiz dana KWAP naik RM15.8 bilion tahun lalu

today13 February 2025

Background


PETALING JAYA – Saiz dana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] meningkat sebanyak RM15.8 bilion kepada RM185.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, mencerminkan peningkatan 9.3 peratus daripada RM169.8 bilion pada 2023.

Sebelum mengambil kira pengeluaran RM5 bilion untuk membiayai sebahagian daripada pencen kerajaan, peningkatan kasar sebanyak RM20.8 bilion tahun ke tahun menonjolkan kesinambungan kejayaan strategi pelaburan berdisiplin KWAP, dan tumpuannya terhadap pertumbuhan jangka panjang.

Sejak penubuhannya pada 2007, saiz dana KWAP telah meningkat empat kali ganda, dengan pertumbuhan purata 9.1 peratus setahun.

KWAP merekodkan pendapatan pelaburan tertingginya sebanyak RM18 bilion pada tahun lalu, memberikan hasil jumlah pulangan sebanyak 12 peratus, dengan pelaburan domestik menjana pulangan 12.9 peratus, manakala portfolio antarabangsa menyampaikan pulangan sebanyak sembilan peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nik Amlizan Mohamed berkata,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post