KUALA KANGSAR – Peminat makanan tradisional negeri Perak yang mahu merasa menu makanan hasil ‘air tangan’ cef berpengalaman dan juga anak jati negeri, boleh singgah menikmati makanan daripada mangkuk tingkat di Casuarina Kuala Kangsar bermula awal tahun ini.
Idea dan olahan masakan menggunakan bahan mentah segar bakal meninggalkan kenangan unik dan menarik kepada pengunjung malah mereka mahu datang semula mendaftar masuk di hotel yang terletak di Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar itu.
Bagi mereka yang pernah bermalam di hotel yang terletak berdekatan dengan pelbagai tapak sejarah di bandar tersebut pastinya memberi testimoni yang positif kerana berpuas hati dengan ruang luas bilik-bilik hotel, selesa dan bersih serta menawarkan suasana nyaman kerana dikelilingi pemandangan hijau.

Cef Mohd. Fazi Ramli berkata, pihaknya telah membariskan beberapa menu tradisional negeri Perak dan juga negeri-negeri lain sebagai tambahan dalam kempen promosi menu masakan di Casuarina Kuala…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: