Pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir individu yang didakwa menggunakan tandas OKU (orang kelainan upaya) meskipun mereka tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan fizikal.
Artikel Berkaitan: Babak Bazooka Dikritik, Sharifah Sakinah Minta Netizen Beri Peluang Drama Guna AI – ‘Ia Membantu, Tapi Jiwa Karya Still Ons’
Artikel berkaitan: ‘Saya Terima Segala Teguran & Kritikan Dengan Hati Terbuka’ – Sharifah Sakinah Mohon Maaf
Luahan Sakinah

Menerusi hantaran di Threads, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 37, menegur mereka untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan tandas yang disediakan khas untuk golongan OKU.
Sakinah yang menggunakan kerusi roda pada ketika ini kesal apabila terpaksa berdepan dengan situasi tersebut.
Yang cukup fizikal dan mampu berjalan laju, tolonglah jangan suka-suka hati masuk tandas OKU.
Sikit lagi aku nak kencing dekat kerusi roda.
Lepas tu keluar manusia normal yang boleh berjalan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: