Tambah Rikostria yang lebih mesra disapa Riko, dia mahu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin memandangkan sudah lama memasang impian untuk menjadi penyanyi.
“Saya dah ada keluarga, awal dulu nak fokus (menyanyi) tapi anak-anak masih kecil.
“Jadi sekarang bila anak semua dah besar, baru saya boleh fokus betul-betul dalam bidang nyanyian ini.
“Saya tak pandang hadiah wang tunai atau sebagainya, hadiah RM100 ke RM50 pun tak apa cuma atas sebab minat dalam menyanyi, itu yang saya fokus dan tengok boleh pergi jauh mana lagi.
“Selepas dapat tahu saya lepas peringkat seterusnya, saya cukup terharu dan teruja. Saya nak cuba buat yang terbaik untuk keluarga dan diri saya sendiri,” kongsinya.
Selepas Johor Bahru, uji bakat bersemuka OIAM akan diteruskan lagi di lima lokasi seluruh Malaysia iaitu di Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur, iaitu pada setiap hujung minggu antara 9 hingga 17 November ini. Lokasi uji bakat akan diumumkan dalam masa terdekat.
Namun begitu,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: